Rambut beruban , melanin dan vitamin B

Melanin merupakan bahan yang menentukan warna kulit dan warna rambut .Ia juga memberikan warna kepada anak mata , bulu dan sisik. Manusia  yang berkulit gelap mempunyai lebih melanin berbanding manusia yang berkulit cerah.

Melanin dihasilkan daripada salah satu proses metabolisme salah satu asid amino yang dipanggil tyrosine. Melanocytes merupakan sel yang bertanggungjawab membentuk melanin.

Fungsi melanin adalah untuk memberi perlindungan semulajadi  kepada sinaran UV yang boleh menyebabkan kulit bermasalah dan kanser kulit. Akan tetapi , ia tidak semestinya dapat memberikan perlindungan sepenuhnya, dan mereka yang berkulit gelap masih berisiko untuk terdedah kepada sinaran UV yang berbahaya

Apa kaitan Melanin dengan rambut beruban?

Rambut beruban biasa berlaku secara semulajadi dan ada yang berlaku pada usia muda, dan ada yang berlaku pada usia yang lewat. Apakah yang menyebabkan rambut beruban? bolehkah ia dihalang apabila ia mula berlaku?

Antara penyebab rambut beruban adalah kekurangan nutrisi, faktor genetik, dan pertambahan usia!

lihat gambar folikel rambut dibawah, apa yang anda dapat perhatikan ialah, folikel rambut terdiri daripada 3 lapisan , iaitu – kutikel, kortex dan medula.522959_f520

kutikel – adalah 1 set lapisan bertindih yang melindungi cortek dan medula. bahagian ini yang terlibat dalam pewarnaan rambut

Kortek – mengandungi sel melanocytes iaitu sel yang bertanggungjawab menghasilkan melanin ( pigmen warna)

Terdapat 2 jenis melanin iatu eumelanin(gelap) dan phaeomelanin( cerah). penghasilan warna bermula sebelum kelahiran  dan bergantung kepada genetik.

Kebiasaannya, peningkatan umur akan menyebabkan pengurangan melanin ,seterusnya mengurangkan warna rambut dan akhirnya rambut menjadi kelabu @ putih (beruban).

Akan tetapi ada juga antara mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan menyebabkan rambut beruban pada usia muda, antaranya kekurangan vitamin B-12 dan masalah tiroid.

Masalah rambut beruban pada usia muda ini boleh diatasi dengan :

vitamin-B12-sources-300x249

  • pengambilan vitamin B12, vitamin E, folic acid,biotin(B7) , dan inosito (B3) untuk penghasilan melanin
  • kuprum (copper) > penting untuk penghasilan pigmen gelap pada rambut dan kulit , boleh didapati daripada kekacang, avocado, almond, dan tepung soya
  • vitamin A > menghasilkan kulit kepala dan folikel rambut yang kuat dan sihat. folikel rambut yang sihat akan memudahkan penghasilan melanin.
  • banyakkan memakan sayuran hijau seperti bayam, bok choy dan lain-lain. Selain dari vitamin, sayuran hijau membekalkan oksigen untuk badan termasuk kulit rambut dan batang rambut.

sumber :

1. http://chantelg4.hubpages.com/hub/What-Causes-Grey-Hair

2.http://www.greydefence.com/blog/gray-hair-research-articles/gray-hair-causesvitamin-b12-folic-acid/

3.http://www.ehow.com/how_6888108_do-promote-melanin-production-hair_.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s